Sunday, October 4, 2015

Kesayangan!



2hb  Oct 2015.

Pagi pagi dah tercongok dekat Kl sentral.
Bukan tak kerja. Kerja! 3 jam lagi dah nak masuk kerja.
Kerana kasih kerana rindu dan kerana tak nak ada mata bengkak menangis ingat aku tak sayang da, aku gagahkan juga bangun awal pagi.
Ikut hati nak je balun mimpi sedas dua lagi. Sejak dua menjak ni mimpi kemain best lagi.

Dah sampai  kat area ketibaan depan subway - Kak J

Laju je aku menapak cari signboard ketibaan. Yelah aku pun dok bengong tunggu kat area pelepasan kenapa entah.
Ada mamat terjatuh jacket kat depan. Dalam hati  kemain taknak tolong langsung mamat tu kutip jaket dia.
Ada cinta yang tengah menunggu aku  kat depan subwayy!



" Maksuuuuu! "
Jerit 3 budak comel yang da bebulan tak jumpa.
Hati?
Ya Allah.
Rasa ada kupu kupu tengan mengedik dengan rama-rama dalam hati.
Rindu wehhhhhh! Nak menangis rasa.
Rindu gila. Yela dulu setiap bulan jumpa.
Setiap bulan dengar dorang jerit maksuuu makseee  sampai aku pening kepala.

Seriously.
Tak puas rasa.
Dalam masa sejam lebih tu aku puaskan nafsu rindu aku kat bebudak tu.
Jadi bahan rebutan  macam anak patung.
Pening tapi kisah apa kalau dah rindu.




Afif.
Makin hensem. Makin comel!
Makin gatal. Ya makin gatal anak buah maksu sorang ni.

Jaja
Selalu jual mahal. Tapi aku tau dalam hati dia nak juga kasih sayang dari aku. Hahaha.
Comel gila. Kadang rasa serba salah juga  sebab jaja ni suka mengalah dengan afif & nurin.
Haihhh  rindu betul maksu.

Nurin,
Kakak. Tapi manja dia mengalahkan jaja & Afif.
Kalau boleh  satu badan ni dia yang punya. Manja sangat! Jangan nanti dah besar lupa kat maksu dia sudah. Haha.

Bila lagi entah bebudak ni nak balik malaysia.
Kalau Malaysia & Qatar dekat macam Kl ke seremban,  setiap bulan dapat jumpa.
Setiap bulan ada yang rebutkan kasih sayang yang melimpah ruah ni.
Setiap bulan juga pening kepala jadi bahan rebutan.
Rindunyaaa maksu. T.T






thanks for reading :)